Monday, November 24, 2008

Penunjuk perasaan anti-kerajaan kepung bangunan Parlimen Thailand

sumber Berita Harian

BANGKOK: Walaupun ribuan penyokong anti-kerajaan mengepung bangunan Parlimen, ibu pejabat Polis Bangkok dan Kementerian Kewangan dalam perjuangan terakhir untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih, polis dan tentera Thai hanya berkawal dan tidak berdepan dengan penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan telah dapat menghalang penggubal undang-undang daripada menghadiri sesi Parlimen, yang memaksa Speaker Chai Chidchob untuk menangguhkan mesyuarat yang dijangka membincangkan pindaan perlembagaan yang menimbulkan kontroversi dan satu undang-undang berkaitan peraturan perdagangan Asean. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) juga menghalang laluan masuk ke ibu pejabat polis metropolitan Bangkok menggunakan bas dan tayar lama manakala bekalan elektrik ke Parlimen dan bangunan polis dipotong.


-apa nak jadi dgn dunia politik hari ini..nama parti kononnya Pakatan Rakyat untuk Demokrasi ..gunalah saluran yang betul..apa yang diorang buat hanya memberi imej yang buruk kepada pelabur, yang mana menggambarkan PAD ni sukakan dan menghalalkan tunjuk perasaan..ni sibuk nk gulingkan kerajaan mcam yang geng pkr kat malaysia ni..nasib baik la kat Malaysia ada ISA..kalau x dah lama umat-umat pkr buat mcam kat thailand ni..JANGAN HAPUSKAN ISA!

No comments: