Saturday, May 16, 2009

The Malaysian Bar..ummm


pelik dan jelik..dah terang-terang tindakan wong chin huat nk anjurkan demonstrasi haram..hina kerajaan..hina mahkamah..hina polis dan yang paling penting menghina negara MALAYSIA..
MENGHINA NEGARA ITU HAK ASASI KE???

6 comments:

jatiseterus said...

SIAPA YANG MENGAJARNYA.

ARKIB : 28/03/2008
Individu pamer kain rentang hina raja dikenal pasti
28/03/2008 9:46pm

KUALA TERENGGANU 28 Mac – Polis mengenal pasti tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja, semasa satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob berkata, kes itu kini di peringkat akhir siasatan.
Beliau yang dihubungi Bernama di sini hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayub menasihatkan orang ramai yang ingin menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi esok supaya tidak membawa kain rentang yang mengandungi perkataan-perkataan sensitif.

“Kita minta semua yang hadir supaya mengawal perasaan, jaga kelakuan dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran lalu-lintas. — BERNAMA.

jatiseterus said...

ARKIB : 28/03/2008
Polis terima 26 aduan berhubung pelantikan MB

KUALA TERENGGANU 27 Mac – Polis negeri menerima 26 laporan berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu termasuk yang didakwa menghina institusi raja di negeri ini dalam tempoh lapan hari lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub berkata, laporan tersebut melibatkan 19 kegiatan mempamerkan sepanduk tanpa lesen serta memiliki bahan-bahan penerbitan serta pelekat yang berbaur hasutan.
Menurutnya, daripada kesemua laporan itu, empat telah dibuka siasatan dan tiga didapati tidak membabitkan sebarang kesalahan setelah disiasat.

‘‘Hasil daripada laporan tersebut, sejumlah 19 helai kain rentang dirampas dan empat tangkapan telah dilakukan di Jalan Padang Hiliran di sini pada 20 Mac lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.
Dalam majlis berkenaan, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Supritendan Abdul Manan Alwi yang akan bersara mulai esok, menyerahkan tugas berkenaan kepada penggantinya, Supritendan Abdul Halim Mohd. Ishak.

Ayub berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah yang boleh dipenjara dua tahun dan denda atau keduanya.

Katanya, siasatan juga melibatkan Seksyen 11 (2) Akta Mesin Cetak 1984 kerana kesalahan mencetak dokumen tanpa mengandungi nama pencetak dan penerbit.
Jelasnya, keempat-empat kes berkenaan kini berada di peringkat akhir siasatan dan akan di serahkan ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima laporan membabitkan kenyataan akhbar serta penggunaan kain rentang yang berunsur penghinaan kepada institusi raja semasa satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman pada 25 Mac lalu.

jatiseterus said...

ARKIB : 23/03/2008
Pengampu, penasihat yang membawa reba dan rebah
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Memperbodohkan

Media juga janganlah memperbodohkan rakyat dan menipu para pemimpin. Jangan hanya disiarkan berita mengampu semata, sebaliknya siarkan kisah duka dan derita rakyat. Kerana, jika tiada saluran untuk mereka meluahkan rasa, maka ianya akan menjelma dalam bisikan senyap dan aduan pada bukan tempatnya. Maka api fitnah akan merebak, lalu membakar keamanan masyarakat dan negara. Jika sesuatu isu tidak adil untuk rakyat, janganlah media membuat pembohongan dengan menyiarkan temu bual insan-insan yang terpinggir dari realiti sebenar. Lalu pemimpin atasan tertipu, rakyat rasa diperbodohkan. Lantas mereka menyimpan perasaan dendam. Lalu hilang kasih sayang antara rakyat dan pemimpin akibat perbuatan para pengampu

azreen said...

jatiseterus

saya tidak memihak pihak yang salah..

yang salah tetap salah, biar pihak berkuasa menentukan..

tak kan org makan tahi awak pun nk mmkan tahi jgk?

crewradix said...

FUCK da politikus...berkokok la korang sampai kiamat...

radixcrew(piji) said...

perghhh...
lu nie mmg xde keje ke???
pelik btol lea...