Thursday, December 24, 2009

Cukai untung hartanah. Siapa yang untung sebenarnya??


Umum mengetahui bahawa hanya golongan yang kaya dan berduit sahaja yang mempuyai rumah lebih dari satu dan membolehkan mereka ini menjualnya. Golongan ini juga sebenarnya mampu membeli rumah secara "cash".

Kerajaan juga tidak sedar wujudnya RPC haram yang sentiasa lari dari cukai atas untung atas angin yang mereka perolehi daripada "property" milik mereka.

Kesan daripada pengumuman ini sebenarnya lebih menguntungkan mereka yang sememangnya kaya. Harga pasaran hartanah juga akan terus meningkat dan seterusnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana semakin sukar untuk mempuyai rumah yang setimpal dengan pendapatan mereka.

Dengan slogan mendahulukan rakyat, kerajaan seharusnya memberi fokus untuk memastikan nilai pasaran hartanah tidak menindas pengguna dan seharusnya setimpal dengan pendapatan perkapita rakyat. Kerana hari ini golongan berpendapatan rendah dan sederhana hanya mampu menyewa dan tinggal di PPR sedangkan mereka yang kaya terus kaya kerana mampu membeli seberapa banyak rumah untuk disewakan dan akhirnya dijual pada harga yang melambung tinggi.
Yang untung ialah orang kaya dan RPC haram n tidak beretika. Punca pendapatan kerajaan berkurangan. Rakyat bawahan??

No comments: