‘Jangan hina UiTM’
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyifatkan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sebagai satu penghinaan kepada orang Melayu. Katanya, semua perkara yang dibangkitkan Khalid tidak mempunyai asas dan hanya bersifat populis untuk mendapat sokongan masyarakat bukan Melayu dan bermain politik mengenai perkara berkaitan institusi yang diwujudkan untuk memelihara kedudukan dan kepentingan orang Melayu. Namun, beliau memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno akan terus melindungi UiTM mengikut peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan melayan sebarang cadangan untuk membuka kuota pelajar institusi itu kepada bukan Bumiputera
Ni semua sebab ramai org melayu yg dah lupa..pakat ramai-ramai sokong anwar konon nye atas dasar keadilan..ape yg korg dapat? keadilan? nope! sebenarnya korg lah pengkhianat bangsa! penjual maruah bangsa melayu!
No comments:
Post a Comment