Saturday, August 9, 2008

'Tindakan Anwar tak beretika dan layak digelar ???


Hasrat mahu jadi PM ikut 'pintu belakang' tidak demokratik: Chandra

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui 'pintu belakang' dengan menghasut Ahli Parlimen lompat parti besar-besaran adalah perbuatan tidak beretika dan tidak demokratik.

"Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak ada kredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal Undang-undang � dua cabang penting dalam tabir urus � akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya.

Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik, katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.

Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri secepat mungkin

Dr Chandra berkata, amat menyedihkan politik yang keji ini dilakukan ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar. � Bernama

No comments: