Wednesday, December 10, 2008

Orang tamak selalu rugi

sumber Utusan malaysia
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
Penduduk saman PBT, pemaju
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Hulu Klang akan memfailkan saman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemaju perumahan di kawasan itu bagi menuntut ganti rugi ekoran kejadian tanah runtuh yang memusnahkan 14 banglo dan meragut empat nyawa Sabtu lalu.
Ketua jawatankuasa itu, Datuk N. Muneandy berkata, pihaknya sedang mendapatkan nasihat guaman mengenai perkara berkenaan.
“Kami yakin dengan tindakan ini kerana ada banyak bukti kukuh mengenai tanda-tanda sebelum kejadian seperti gambar yang sempat kita rakam dan laporan mengenainya kepada PBT,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di sini hari ini.
-Apabila ditimpa musibah kita yang selamat seharusnya bersyukur dan bermuhasabah di atas kejadian yang menimpa ini..Tetapi apa yang ditunjukan oleh segelintir penduduk di kawasan ini adalah sebaliknya..mereka lebih sayangkan harta benda dan wang ringgit mereka..
kini mereka menunding jari kearah pihak berkuasa dan kerajaan..nk dkatakan kurang bijak mereka akn marah kerana mereka terdiri drpd golongn profesional..buta dan pekakkah mereka? mustahil mereka tidak tahu tentang larangan kerajaan berkenaan pembinaan di kwsan lereng bukit..tapi mereka beli dan bina juga rumah disitu..pemaju pula memanipulasi kedaan demi keuntungan dan pbt mungkin meluluskan projek berkenaan dgn anggapan jumlah kutipan cukai pintu dan cukai tanah dapat ditinggkatkan dengan wujudnya projek-projek perumahan baru..

1 comment:

Captain Jack said...

Salam azreen...

Lima belas tahun yang lampau negara terkejut dengan tragedi ‘Highland Tower’ di mana banyak nyawa diragut. Hari ini kita digemparkan lagi tragedi Bukit Antarabangsa pula yang juga berpunca dari tanah runtuh. Kalau diteliti lapuran-lapuran mengenai tragedi ‘Highland Tower’, kita boleh agak kemungkinan tragedi macam ini boleh berulang lagi.Apa puncanya? Pasal apa tanah runtuh? Pada asasnya, mengapa projek-projek di kawasan yang ternyata mempunyai geologi yang tidak stabil, boleh diluluskan dan siapa yang meluluskannya?

Sejak lima belas tahun yang lalu juga Jack tidak berani tinggal dilereng bukit, yang jack tak faham mengapa masih ada lagi orang yang sanggup mengadaikannya...

Salam Perjuangan

Jack Sparrow