Monday, December 1, 2008

PPP disaran keluar BN sekarang!!

sumber berita harian

IPOH: Parti Progresif Penduduk (PPP) disaran keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekarang tanpa perlu menunggu pilihan raya umum ke-13. Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, berkata kenyataan presiden parti itu Datuk M Kayveas semalam bahawa PPP akan keluar daripada BN jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) sebelum pilihan raya umu ke-13, adalah berbaur ugutan jahat dan amat menyakitkan hati. “BN tidak perlu tunduk kepada sebarang ugutan jahat daripada mana-mana parti komponennya, dan Kayveas telah berkali-kali membuat ugutan seumpama itu semata-mata hendak mendapatkan sokongan murahan penyokongnya,” kata Mohd Khusairi dalam kenyataan di sini hari ini.

p/s Dengan hormatnya dipersilakan untuk meninggalkan BN..parti mcam ni kalo keluar pn x menjejaskan barisan nasional..jika benar inginkan kesepakatan dan membantu negara gunakan lah idea dan akal yang ada untuk berbincang dan merancang strategi untuk membantu kerajaan memajukan negara dan memupuk perpaduan..bukanya melatah dan bersuara seperti katak-katak dan ba alif ba ya pkr!!

2 comments:

fikiranlicin said...

patut lama dah suruh keluar.... time Bn kuat dulu tak nak plak suruh kuar? itulah UMNO BN....

ipv6 said...

nah, this is nothing more than bloodiest cheap controvery to gain political mileage,typical tambi...