Tuesday, September 23, 2008

Raja Petra ditahan dua tahun di Kemunting (alhamdulillah..)

Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini akan dibawa ke Pusat Tahanan Kemunting, Perak mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk ditahan selama dua tahun. Ahli politik pembangkang yang juga peguam, Gobind Singh Deo berkata, Kementerian Dalam Negeri sudah menandatangani arahan penahanan Raja Petra selama dua tahun di Kemunting. - AP Gobind berkata, beliau diberitahu perkara itu oleh peguam Raja Petra, Malik Imtiaz Sarwar.
Raja Petra ditahan pada 12 September lalu mengikut ISA bagi membolehkan pihak berkuasa menahannnya selama dua bulan untuk siasataan diikuti menahannya di pusat tahanan selama dua tahun. - AP
p/s- Ingat la wahai manusia sesungguhnya jangan lah kamu menzalimi nikmat yang diberikan kepada kamu dengan kamu berbohong dan mengadu domba serta menzalimi agama allah.

Tuesday, September 16, 2008

PELIWAT CUBA NAK UGUT PM

1. AKHIRNYA, rakyat Malaysia menang. Anwar Ibrahim kalah dan tewas dengan permainan ciptaannya sendiri. Allah SWT sudah berfirman " manusia hanya bisa merancang Allah juga yang menentukannya", kita boleh berdakwah namun hanya Allah SWT yang memberi hidayah dan membuka hati seseorang, jangan jadi macam Anwar dia sendiri menentukan dirinya jadi PM pada 16 September 2008! Allah SWT sangat Murka kepada orang yang Takbur dan Sombong.2. Namun manusia kalau sombong dan ego tetap juga keras hatinya, semalam dalam ucapannya yang Hanya dihadiri 10,000 orang ( sasaran 30,000 ) , beliau berkata dengan nada marah dan benci, memberi ugutan kepada Perdana Menteri Malaysia, katanya "...''Saya memberi masa dua minggu kepada Abdullah untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran ini atau tidak.''Kita ingin adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bertujuan berbincang untuk peralihan kuasa secara aman dan tenteram selain membebaskan tahanan politik,''

"Talqin" Untuk Raja Petra

Sumber oleh Sahabat MANTAP Isnin, 15 September 2008
oleh: Keris Terbang


Raja Petra Raja Kamarudin, Ketua Pengarang laman web MalaysiaToday.net telah selamat ’disemadikan’ mengikut Seksyen 73(1), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pada 12 September 2008. Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atasnya serta diberikan taufik dan hidayah dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim dan warganegara yang baik.

Wahai Raja Petra Raja Kamarudin, tetapkanlah hatimu. Inilah antara dugaan yang besar dalam hidupmu. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang ditahan di bawah ISA, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibebaskan. Insaflah wahai Raja Petra, bahawasanya hukuman itu benar, dibebaskan kelak adalah benar. Semoga Allah akan memberi sejahtera kepada kamu. Allah jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah menjinakkan hati kamu yang liar. Mudah-mudahan Allah akan memberikan keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Wahai Raja Petra, bukankah telah datang kepada kamu orang-orang yang memberikan keterangan dan peringatan tentang apa yang telah kamu lakukan. Mengapa pula kamu terus menutup hati, membutakan mata dan memekakkan telinga. Maka, penjara itulah sebaik-baiknya tempat kembali.

Allah jua telah mengingatkan kamu, ”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raaf : 179)

Apakah kamu tidak melihat bagaimana Allah telah memberikan kamu sebuah negara yang aman dan harmoni. Dibentangkan di hadapan kamu akan kerukunan hidup masyarakatnya. Diberikan pakaian, tempat tinggal, makan dan minum, isteri dan anak-anak, agar dengannya kamu mensyukuri akan nikmat-nikmat dari Tuhanmu.

Bukankah kamu selama ini telah beroleh kebebasan dan kesejahteraan di dalam negara. Kamu keluar rumah dengan selamat. Sekembalinya kamu juga dengan selamat. Apakah kamu tidak dapat membandingkan darihal hidup saudara-saudara kamu di luar negara? Demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan” (Surah Ar-Rahman)
Wahai Raja Petra, tidakkah kamu melihat bagaimana Perlembagaan Negara dan undang-undang persekutuan itu disusun oleh orang-orang sebelum kamu? Agar dengannya dapatlah kamu memperlakukan diri sebagai warganegara yang baik. Janganlah pula kamu tergolong dari kalangan orang-orang yang melampaui batas.

Telah berlaku kerosakan dalam negara hasil dari tangan dan mulut kamu. Telah berpecah perpaduan masyarakatnya juga hasil dari apa yang kamu lakukan. Kamu hina agama Allah dan Pesuruh-Nya. Kamu merendah-rendahkan martabat Raja-Raja Melayu. Kamu sampaikan kepada manusia berita-berita berupa fitnah dan pembohongan sedangkan kamu mengetahui akan kebenarannya.

Kamu mengatakan orang lain sebagai zalim. Padahal kamulah orang yang zalim itu. Kamu mengajak masyarakat untuk melakukan pemberontakan, kezaliman dan kekufuran. Telah terang dan nyata kepada kamu darihal orang-orang Yahudi dan orang-orang kafir yang sentiasa memusuhi Islam. Tetapi kamu engkar malah kamu menuruti kata-kata mereka. Maka, penjara jualah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang zalim.

Lalu dikatakan kepada kamu, inilah ISA yang sering kamu dustakan. Sesungguhnya ISA itu tidak dijadikan untuk orang-orang yang melakukan kebaikan. Tetapi dijadikan untuk orang-orang seperti kamu. Kamu menuntut agar ISA dihapuskan agar kamu beserta golongan yang munafik itu bebas untuk melakukan kejahatan. Ingatlah, kerajaan dan rakyat tidak sesekali terpedaya dengan tipu-daya kamu walau sedikit pun. Kerajaan tidak menzalimi sesiapa melainkan mereka itulah sebenarnya zalim terhadap negara dan diri mereka sendiri.

Bukankah telah diperintahkan kepada kamu melalui Pesuruh Tuhanmu agar taat dan patuh kepada pemerintah selagi pemerintah tidak meminta kamu melakukan kejahatan? Maka dengan itu kamu akan beroleh keselamatan dan kesejahteraan. Betapa telah dijadikan bagi kamu agama yang indah yang terkandung di dalamnya segala panduan yang baik. Tetapi kamu menolak sekeras-kerasnya keterangan dari ayat-ayat Tuhanmu. Maka, jadilah kamu dari kalangan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan.

Nampakkah (wahai rakyat) keburukan keadaan orang yang menghuru-harakan negaranya? Maka dapatkah kalian mengawalnya agar jangan berbuat demikian? Maka dengan sebab itulah dijadikan bagi kalian kerajaan yang telah terbukti selama 51 tahun dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya. Semoga kalian tidak tergolong dari kalangan orang-orang yang berpaling tadah.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan” (Surah Ar-Rahman)

Wahai rakyat Malaysia, tidak diberitakan peristiwa ini melainkan segala-galanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Demikian itu akan menjadikan kalian terus beringat bahawa keamanan, kemakmuran dan keharmonian adalah anugerah yang terlalu agung dari Tuhanmu. Beruntunglah bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran dan menggunakan akalnya. Tetapi amatlah rugi untuk rakyat dan negara bagi orang-orang yang menuruti hawa nafsunya.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan” (Surah Ar-Rahman)

Sunday, September 14, 2008

kesian wakil-wakil peliwat dan pengkhianat bangsa

MP BN semua dah pegi Hong Kong sebelum typhoon berlaku.Wakil PKR nampak gayanya tersadai lah kat Taiwan…boleh lah try main ngan Taufan…Ini dipanggil Kuasa Allah S.W.T pentadbir semesta alam.Kalau dah rezeki kita, gunung tak lari dikejar.Wakil PKR sampai Taiwan, MP BN pegi Hong Kong. Nak kejar ke Hong Kong taufan pula.Alahai nasib badan….duduk lah berbuka puasa di Taiwan..

Kekawan PKR di Malaysia, hubungi lah toll free MAS, tanya macam mana ngan wakil PKR anda. SMS lah mereka, minta belikan ole-ole Taiwan untuk semua.(pic from masterdedah.com)

Saturday, September 13, 2008

MP Teresa Kok arrested under ISA too ..


DAP leader Teresa Kok has also been detained under the Internal Security Act - the third person to be detained today, according to Malaysiakini..

This is the only way how to teach those bunch of idiot how to give respect when it comes to our social contract..for sure their supporters will be mad like hell..Open your eyes DAP&PKRians! there is the limit for freedom!

Friday, September 12, 2008

16 sept...pembohongan paling besar dlm sejarah malaysia..

Rakyat diperdaya dengan isu 16 September. Tetapi isu sebenarnya ialah DAP & PKR nampaknya hanya fokus kepada kesalahan UMNO & pegawai Melayu sahaja? Namun, bapa ayam, gangster,sindiket edar dadah, sindiket bawa perempuan asing dijadikan pelacur, geng curi kereta mewah, taukeh judi ( besar atau kecil ),...banyak lagilah, itu semua Melayu kah? Kenapa DAP & PKR tidak berminat hapuskan semua itu di Selangor, Perak, Penang yang kini mereka kuasai?

RPK arrested under ISA?

umm..bagus la ni... mamat yg konon mcm bgus ni la yg byk supply article fitnah dan jahat yg menjatuhkan maruah bangsa melayu dan agama islam..liberal la konon..what u give u get back bro!

Sedarlah wahai melayu

Masalahnya bermula daripada PKR yang terdiri dari orang melayu, menolak hak istimewa yang dipersetujui oleh kaum2 pendatang kepada orang Melayu.Mereka ini asalnya pokai, miskin dan kini kebanyakkannya menjadi profesional yang dilahirkan melalui DEB.
Kerana politik dan fikiran sempit, tampa memikir nasib sebangsa yang majoritinya miskin, golongan Profesional ini menuduh UMNO rasis. Maka DAP & Hindraf mendapat peluang baik mempersoalkan.
Jika Melayu rasis, dah lama India & Cina tak boleh buka kedai, kilang , sekolah dan IPTA rasis mereka. Adalah tidak bertanggung jawab dan bodoh jika Melayu PKR meneruskan kempen yg merugikan diri sendiri dan nasib rakan sebangsa yang masih mundur.
Jangan jadi bodoh, memperjuang nasib orang kaya-sedangkan nasib bangsa sendiri adalah macai yang hina, kuli dibumi sendiri kepada pandatang yang rasist