Thursday, January 8, 2009

Apabila fitnah dan dusta menjadi mainan politik pakatan rakyat




kenapa mesti kita menjadi pendusta dan menyebarkan fitnah wahai saudara islam ku..

Tapi inilah lumrah manusia, kata pun nak ‘Membangun Bersama Islam’, ….niat jahat dan PHD :Perasaan Hasad Dengki masih menebal dalam diri kita. Perasaan tak puas hati terhadap satu sama lain, masih tidak mampu kita buangkan jauh dalam diri kita.



Tup-tup, keluar plak pic ini yang terbukti terselit niat jahat dan berprasangka buruk yang bertujuan jahat untuk menjatuhkan dan membuang rasa hormat pengundi terhadap Wan Farid… Seterusnya pasti tidak mengundi Wan Farid dalam Pilihan Raya Kecil nanti.

Hakikatnya, aktiviti keluarga yang hakikatnya baik untuk dicontohi bersama menjadi ‘alat’ kepada sestina pihak untuk memburuk-burukkan seseorang, khususnya dalam suasana hangat pilihan raya ini.Inilah sebenarnya. Nilailah sendiri siapa Wan Farid dan siapa yang JAHAT sebenarnya. Nilailah sendiri, siapa yang jahat sebenarnya?


Wanita yang sedang menyanyi bersama beliau itu adalah anak saudaranya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak beliau, selain ibu bapa anak saudaranya itu malah bapa kepada anak saudaranya itu turut berada di tempat berkenaan ketika gambar itu diambil.

"Abang saya ada, ayah dia (anak saudara) pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri. Ini adalah tindakan berniat jahat, bila gambar itu disiarkan di internet, banyak pihak yang membuat andaian dengan pelbagai rumusan tentang karakter saya,”.

Tuesday, January 6, 2009

Siapa sebenarnya pengganas?