Friday, March 26, 2010

Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal dunia

al-fatihah n takziah buat keluarga Allahyarham..

Ahli Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras di sini malam ini. Bernama dalam laporan awalnya menyebut, adik Allahyarham, Md. Hambali mengesahkan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam.

p/s Allahyarham adalah bekas adun kawasan tempat tinggal saya sebagai wakil umno pada 1999-2004..

Wednesday, March 10, 2010

al-fatihah..


KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi. Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal. Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

Saturday, March 6, 2010

gerakan menentang PPSMI benar-benar kerana rakyat cintakan bahasa?

Semalam telah diadakan pusingan akhir pidato bahasa melayu di PICC.Sambutannya??ada yang mengikuti, tetapi x sehebat gerombolan yang merusuh mebabi buta menentang PPSMI..
Hanya sekadar pendapat dan telahan peribadi..yang menentang PPSMI itu bukanya kerana meraka benar cintakan bahasa melayu, tetapi lebih kepada gerakan yang didasari golongan politikus dan penyokong yang membenci kerajaan..apa jua yang dilaksanakan kerajaan pasti golongan ini akan teguh berdiri menentang sekalipun ianya menyentuh bab akidah sebagai seorang muslim yang beriman..