Wednesday, March 10, 2010

al-fatihah..


KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi. Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal. Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

No comments: