Thursday, December 30, 2010

Gol perlawanan akhir Piala AFFSuzuki, Malaysia vs Indonesia. Tahniah Malaysia!






vid credit to TungstenPalm's Channel


Friday, August 13, 2010

Pusat Pengajian Hayatul Uloom, Hulu Langat..alhamdulillah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyerahkan replika cek sumbangan RM180,000 kepada Pengetua Pusat Pengajian Hayatul Uloom, Hulu Langat, Dr Shahrir Hussin di pejabatnya di Putrajaya, hari ini. Sumbangan itu bagi membaik pulih pusat pengajian berkenaan yang rosak dalam satu kebakaran. - Foto BERNAMAAug 12, 2010 4:26 pm

Saturday, June 5, 2010

Qunut Nazilah



“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripadakejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”




*Qunut Nazilah: do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu.-iumelaka.com

Thursday, April 15, 2010

Renungan bersama..



Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Thursday, April 1, 2010

Bodoh..Biadap..Tak Bertamadun!





WAJAH-WAJAH NI AKAN DIKENANG SBG BADUT DAN PENGKIANAT..HANYA IKTIRAF UNDANG-UNDANG & MAHKAMAH JIKA BERPIHAK KEPADA MEREKA..

Friday, March 26, 2010

Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal dunia

al-fatihah n takziah buat keluarga Allahyarham..

Ahli Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras di sini malam ini. Bernama dalam laporan awalnya menyebut, adik Allahyarham, Md. Hambali mengesahkan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam.

p/s Allahyarham adalah bekas adun kawasan tempat tinggal saya sebagai wakil umno pada 1999-2004..

Wednesday, March 10, 2010

al-fatihah..


KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi. Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal. Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.