Sunday, June 14, 2009

barisan nasional, kerajaan perpaduan, pakatan rakyat dan ????

Semua bentuk gabungan yang disebutkan ada pro dan kontra yang tersendiri, ada yg hanya bermotifkan politik, ada yg bermotifkan perpaduan, ada yg bermotifkan mewujudkan kononya satu gelombang revelolusi perubahan dan macam-macam lagi.
Bangsa melayu dan semestinya yg beragama Islam adalah golongan dominan di negara ini berpecah kepada terlalu banyak kumpulan samada dalam bentuk kumpulan politik mahupun dalam kehidupan harian. Yang muda masih dibuat mimpi, merempit,hidup tanpa arah tuju dan pedoman dan bermacam-macam lagi. Bila di masjid dan surau-surau dijadikan seolah-olah cawangan parti politik, bila kawasan dimenangi parti lain, rombakan dan lantikan baru akan berlaku..dalam islam adakah mazhab yang menyatakan hanya imam dah ahli dari kalangan parti yang menang sahaja yg boleh menguruskan masjid dan surau dan dalam bahasa lebih tepat adakah hanya orang umno atau orang pas atau pkr dan munggkin satu hari nanti kita terpaksa menerima arahan DAP untuk menguruskan rumah ALLAH!
Sikap yang cukup sinonim di kalangan melayu ialah busuk hati dan irihati terhadap pencapain bangsa sendiri, kita semua perlu sedarnya bersatu teguh bercerai roboh!! hari demi hari kita lihat hak kita dipersoalkan dan kita dipermainkan di tanah tumpah yang tercinta ini. kita perlu bersatu, menyokong perniagaan bangsa kita, majukan ekonomi kita, jangan gadaikan tanah nenekmoyang kita dengan wang ringgit.kita lihat hari ini jika kita sebut tentang dunia perniagaan, siapa pengedar terbesar?? pengedar tunggal?? monopoli?? golongan pendatang ini dengan sesuka hati menaikan harga barang walhal gaji dan upah yang dibayar kepada keringat bangsa melayu hanyalah??mengapa mesti kita yang meminta??

kepada pemimpin bangsa yang dipilih laksanakanlah amanah yg diberikan dengan jujur, kotakan janji-janji yang diberikan, berjuanglah demi kepentingan bangsa dan bukanya kepetingan harta didunia ini..
JAWAPAN YANG PALING TEPAT IALAH PERPADUAN MELAYU
hanya yang buta hati akan menyangkal mengapa pentingnya perpaduan melayu, tetapi yang penting perpaduan Islam, tidakkah mereka ini tahu bahawa melayu adalah beragama Islam melainkan beberapa golongan yang mengaku Islam tetapi tidak langsung mengamalkan dan mematuhi ajaran Islam, dan anak muda yang kononya berpelajaran tingga akan berkata ini lah pemikiran rasist..