Tuesday, December 15, 2009

Tahniah Malaysia


Tahniah kepada skuad bola sepak lelaki kebangsaan kerana berjaya menewaskan pasukan tuan rumah laos malam tadi dengan jaringan 3-1. Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan mereka menamatkan kemarau pingat emas bagi acara bola sepak menentang Vietnam Khamis ini..

Tuesday, December 8, 2009

Malaysia kita..

Kita mengaku kita rakyat malaysia..Tetapi.....
Sudah lebih 52 tahun kita semua hidup dibumi Malaysia tetapi masih ramai yang tidak tahu berbahasa Malaysia..

Kita malu untuk menggunakan barang buatan tempatan...
Kita lebih bangga menggagungkan budaya luar/asing..
Kita banga jika dapat memburukkan dan mencemar imej negara..
Kita bangga untuk membaca berita mengenai keburukan kerajaan oleh media asing..
Kita lebih sayangkan parti politik daripada agama dan negara kita..


Bila berurusan dengan kerajaan kita kenakan/caj harga yang tinggi..
Bila dapat projek kerajaan kita culas..
Bila berhadapan dengan polis kita "hulur"..

Bukak kilang-kilang haram yang memang tak pernah bayar cukai, lesen dll..
Bila negara menghadapi masalah ekonomi kita kata itu bukan masalah kita tetapi masalah kerajaan..
Bila submit borang LHDN kita "tipu"..

DAN TIBA-TIBA KITA BERKATA MALAYSIA NI NEGARA YG ZALIM???

Friday, August 14, 2009

perniagaan kita Bah.1




Wednesday, July 22, 2009

Pas kata UMNO kafir..PAS n PKR???



Fikir-fikirkanlah dimana perginya perjuangan Islam...

Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai - Media Sebenar vs Media retorik,fitnah dan ???


Cuba kita semua fikir-fikirkan mengapa hari ini kononya ramai orang muda tidak sukakan UMNO, membenci kerajaan...
Apabila berita yang dipaparkan adalah rekaan dan dibuat-buat pun masih menjadi sanjungan oleh golongan pakatan khianat rakyat apalagi yang kita boleh kita harapkan yang negara ini akan aman dan makmur seperti sebelum ini jika rakyat lebih mempercayai berita yang tidak benar dan seterusnya menanam benih kebencian dikalangan kita orang melayu..renungkan lah...

Sunday, July 5, 2009

ananda krishnan beli Newcastle???



Ada 2 perkara yang mungkin mempengaruhi, business dan mungkin sedikit niat untuk membantu boleh sepak negara. Tetapi dengan jumlah 95 juta pound berapa ramai pemain malaysia yang akan dapat beraksi, dan adakah kesannya menyeluruh dapat meningkatkan mutu bola sepak negara.


Betul, ini duit ananda krishnan tapi kan rakyat malaysia juga adalah penyumbang kepada kekayaan dia, astro, maxis dll. Kenapa tidak sahaja wang yang banyak ini dilaburkan kepada industri bola sepak negara, pembangunan bola sepak dari peringkat kanak-kanak sekolah, penubuhan akademi-akademi dan banyak lagi..

Sunday, June 14, 2009

barisan nasional, kerajaan perpaduan, pakatan rakyat dan ????

Semua bentuk gabungan yang disebutkan ada pro dan kontra yang tersendiri, ada yg hanya bermotifkan politik, ada yg bermotifkan perpaduan, ada yg bermotifkan mewujudkan kononya satu gelombang revelolusi perubahan dan macam-macam lagi.
Bangsa melayu dan semestinya yg beragama Islam adalah golongan dominan di negara ini berpecah kepada terlalu banyak kumpulan samada dalam bentuk kumpulan politik mahupun dalam kehidupan harian. Yang muda masih dibuat mimpi, merempit,hidup tanpa arah tuju dan pedoman dan bermacam-macam lagi. Bila di masjid dan surau-surau dijadikan seolah-olah cawangan parti politik, bila kawasan dimenangi parti lain, rombakan dan lantikan baru akan berlaku..dalam islam adakah mazhab yang menyatakan hanya imam dah ahli dari kalangan parti yang menang sahaja yg boleh menguruskan masjid dan surau dan dalam bahasa lebih tepat adakah hanya orang umno atau orang pas atau pkr dan munggkin satu hari nanti kita terpaksa menerima arahan DAP untuk menguruskan rumah ALLAH!
Sikap yang cukup sinonim di kalangan melayu ialah busuk hati dan irihati terhadap pencapain bangsa sendiri, kita semua perlu sedarnya bersatu teguh bercerai roboh!! hari demi hari kita lihat hak kita dipersoalkan dan kita dipermainkan di tanah tumpah yang tercinta ini. kita perlu bersatu, menyokong perniagaan bangsa kita, majukan ekonomi kita, jangan gadaikan tanah nenekmoyang kita dengan wang ringgit.kita lihat hari ini jika kita sebut tentang dunia perniagaan, siapa pengedar terbesar?? pengedar tunggal?? monopoli?? golongan pendatang ini dengan sesuka hati menaikan harga barang walhal gaji dan upah yang dibayar kepada keringat bangsa melayu hanyalah??mengapa mesti kita yang meminta??

kepada pemimpin bangsa yang dipilih laksanakanlah amanah yg diberikan dengan jujur, kotakan janji-janji yang diberikan, berjuanglah demi kepentingan bangsa dan bukanya kepetingan harta didunia ini..
JAWAPAN YANG PALING TEPAT IALAH PERPADUAN MELAYU
hanya yang buta hati akan menyangkal mengapa pentingnya perpaduan melayu, tetapi yang penting perpaduan Islam, tidakkah mereka ini tahu bahawa melayu adalah beragama Islam melainkan beberapa golongan yang mengaku Islam tetapi tidak langsung mengamalkan dan mematuhi ajaran Islam, dan anak muda yang kononya berpelajaran tingga akan berkata ini lah pemikiran rasist..