Friday, March 26, 2010

Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal dunia

al-fatihah n takziah buat keluarga Allahyarham..

Ahli Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras di sini malam ini. Bernama dalam laporan awalnya menyebut, adik Allahyarham, Md. Hambali mengesahkan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam.

p/s Allahyarham adalah bekas adun kawasan tempat tinggal saya sebagai wakil umno pada 1999-2004..

Wednesday, March 10, 2010

al-fatihah..


KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi. Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal. Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

Saturday, March 6, 2010

gerakan menentang PPSMI benar-benar kerana rakyat cintakan bahasa?

Semalam telah diadakan pusingan akhir pidato bahasa melayu di PICC.Sambutannya??ada yang mengikuti, tetapi x sehebat gerombolan yang merusuh mebabi buta menentang PPSMI..
Hanya sekadar pendapat dan telahan peribadi..yang menentang PPSMI itu bukanya kerana meraka benar cintakan bahasa melayu, tetapi lebih kepada gerakan yang didasari golongan politikus dan penyokong yang membenci kerajaan..apa jua yang dilaksanakan kerajaan pasti golongan ini akan teguh berdiri menentang sekalipun ianya menyentuh bab akidah sebagai seorang muslim yang beriman..

Thursday, February 11, 2010

PADAH APABILA ZINA DIDAHULUKAN

Tak perlu kita nak salahkan kerajaan dalam isu ini..Tepuk dada tanyalah iman..sejauh mana keimanan kita..kembalilah kita semua kepada ajaran islam..jauhilah perkara mungkar, jauhi zina..sbg masyarakat mainkanlah peranan kita semua utk saling ingat mengingatkan..ibu bapa didiklah anak-anak dengan ilmu agama dan ajaran yang berguna..

kepada umat islam ingatlah ZINA ITU ADALAH HARAM!!! ZINA ITU BUKAN HAK ASASI!!


"Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2) "

Saturday, January 23, 2010

al-Fatihah...


SULTAN Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di Johor Bahru kerana gering. Baginda berusia 77 tahun dan memerintah Johor hampir tiga dekad.

Wednesday, December 30, 2009

Melayu yang semakin melayu

Blog kini dijadikan sebagai satu senjata dimana fitnah bertebaran n berleluasa tanpa ada rasa sekelumit kekesalan yang fitnah ini sebenarnya akan menghancurkan bangsa dan seterusnya negara yang tecinta.kita umat bangga dgn sejarah empayar islam, tapi lupakah kita apa yang menyebabkan kejatuhan empayar islam pada satu masa dahulu..

Hari ini, hak melayu/bumiputera tak perlulah kita banggakan lagi..lihatlah dgn jelas siapa sebenarnya yang menguasai ekonomi negara?? Bila timbul isu masyarakat yang membabitkan cina dan india kita lihat pendirian mereka, mereka teguh mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka.lihat saja isu kg buah pala, kuil seksyen 19 dan 23 dan kawasan penempatan setinggan cina isu ini hangat sampai dibincangkan di parlimen..

Tetapi bila kena isu melayu, kg melayu, tadika dikunci, isu dewan masyarakat di kota damansara dan banyak lagi..mana suara kita?? siapa wakil kita?? persetankan umno, pas atau pkr jika mereka hanya pandai menabur janji tetapi bila berkuasa semua janji tinggal janji..x kan nk tunggu melayu malaysia dah jadi macam melayu singapura baru kita nk sedar..tak perlu kita nk salahkan dap, pap atau negara asing jika tangan kita melayu sendiri yang menghancurkan dan menggadaikan maruah bangsa kita..

p/s petra si pengkhianat pun dah mula menulis supaya institusi beraja dihapuskan, (bersorak gembiralah cina&india pendatang yg x pernah bersyukur diberi kerakyatan negara ini)

Thursday, December 24, 2009

Cukai untung hartanah. Siapa yang untung sebenarnya??


Umum mengetahui bahawa hanya golongan yang kaya dan berduit sahaja yang mempuyai rumah lebih dari satu dan membolehkan mereka ini menjualnya. Golongan ini juga sebenarnya mampu membeli rumah secara "cash".

Kerajaan juga tidak sedar wujudnya RPC haram yang sentiasa lari dari cukai atas untung atas angin yang mereka perolehi daripada "property" milik mereka.

Kesan daripada pengumuman ini sebenarnya lebih menguntungkan mereka yang sememangnya kaya. Harga pasaran hartanah juga akan terus meningkat dan seterusnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana semakin sukar untuk mempuyai rumah yang setimpal dengan pendapatan mereka.

Dengan slogan mendahulukan rakyat, kerajaan seharusnya memberi fokus untuk memastikan nilai pasaran hartanah tidak menindas pengguna dan seharusnya setimpal dengan pendapatan perkapita rakyat. Kerana hari ini golongan berpendapatan rendah dan sederhana hanya mampu menyewa dan tinggal di PPR sedangkan mereka yang kaya terus kaya kerana mampu membeli seberapa banyak rumah untuk disewakan dan akhirnya dijual pada harga yang melambung tinggi.
Yang untung ialah orang kaya dan RPC haram n tidak beretika. Punca pendapatan kerajaan berkurangan. Rakyat bawahan??